Pertubuhan Ikatan Ilmuwan Islam Mengenai Dasar dan Urus Tadbir (IITQAN)

Menerajui Pemikiran Islam Dalam Dasar dan Tadbir Urus Negara

Kami beriltizam untuk mengangkat prinsip Islam sebagai asas dalam merangka dasar, membentuk polisi, dan memperkukuh tadbir urus yang berintegriti dalam masyarakat majmuk.

Pertubuhan Ikatan Ilmuwan Islam Mengenai Dasar dan Urus Tadbir (IITQAN)

IITQAN atau Ikatan Ilmuwan Islam Mengenai Dasar dan Urus Tadbir merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan secara rasmi di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 1 September 2021.

Kami merupakan gabungan ilmuwan, profesional, dan aktivis yang berperanan sebagai suara strategik dalam memperjuangkan nilai-nilai Islam yang syumul dalam dasar awam dan sistem pentadbiran negara. Kami percaya bahawa Islam bukan sekadar agama peribadi, tetapi suatu sistem yang lengkap, adil, dan sesuai untuk semua zaman dan lapisan masyarakat.

Objektif IITQAN

Dasar Awam Berasaskan Islam

Menggubal dan mencadangkan dasar yang selaras dengan nilai Islam serta keperluan semasa rakyat Malaysia.

Pembangunan Ilmuwan & Kepimpinan

Melatih barisan pemikir muda dan profesional Islam melalui bengkel, wacana dan penyelidikan ilmiah.

Wacana Polisi & Dialog Komuniti

Menjadi jambatan antara masyarakat, akademia, dan pembuat dasar melalui forum terbuka dan perbincangan strategik.

Kajian & Penerbitan

Menghasilkan laporan dasar, kertas kerja, e-buku dan infografik berkualiti tinggi untuk rujukan masyarakat dan penggubal dasar.

Kenyataan media

Aktiviti IITQAN

Konvensyen Perpaduan NGO-NGO Islam 2023

21 Mac 2023 – Bendahari mewakili IITQAN hadiri Konvensyen Perpaduan NGO-NGO Islam 2023 di rasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, anjuran YADIM dengan kerjasama Majlis Amal Islami Malaysia (AMAL) di Hotel…
Baca Lanjut
© 2025 IITQAN. Hak cipta terpelihara.