إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذينَ يُقٰتِلونَ في سَبيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنيٰنٌ مَّرصوصٌ
Firman Allah SWT dalam Surah As-Saff, ayat 4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) di jalan- Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan
mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh.”
Naharudin Abdullah
Pengerusi IITQAN 2021 – 2025
Putrajaya
20 Julai, 2024 bersamaan 14 Muharam 144
Sesungguhnya amat diyakini ramai kita yang bersetuju bahawa faktor kejayaan dan jatuh bangun sebuah gerakan amat bergantung kepada usaha-usaha untuk memastikan idealisme perjuangan tetap membara ke tahap yang maksimum. Islam amat mengutamakan kepada aspek tarbiyah, pendidikan dan pembangunan diri umat dalam konteks menyubur idealisme jatidiri, memperkasakan organisasi dan negara bagi menghadapi cabaran semasa dan menangani pelbagai cabaran masa hadapan.
Justeru itu, keperkasaan umat wajar diukur melalui keupayaan mengukuh sebuah tamadun khayra ummat dengan melihat tahap kualiti idealisme yang diisi dengan mengamalkan budaya itqan, mizan dan nilai murni madani tulen yang menjadi pegangan dalam kalangan warganya. Justeru, dalam era memperkukuhkan Agenda Negara MADANI, umat Islam perlu menampilkan wahana pembangunan eko-sistem pengurusan alam sekitar, pembangunan sosial yang harmoni dan tata kelola organisasi yang profesional yang mendukungi nilai dan etika murni.
Perkembangan pesat reformasi teknologi digital serta pemberdayaan Artificial Intelligence (AI) dan kerencaman media sosial kini telah memainkan peranan yang sangat penting dalam kerangka sistem pengurusan dan organisasi dan negara. Kegagalan untuk memanfaatkan perkembangan revolusi teknologi industri mutakhir boleh menyebabkan sesebuah organisasi dan negara menjadi ketinggalan dan mundur ke belakang. Dalam konteks sebuah gerakan Islam seumpama IITQAN, daya saing dan daya tahan sesebuah organisasi untuk abad ke- 21 tidak lagi tertakluk kepada sistem birokrasi yang jumud dan bersifat rantaian arahan, tetapi ia kini bergerak ke arah pengukuhan struktur networking atau jaringan dan flat organisation
Pra syarat kejayaan sebuah gerakan Islam kini berteraskan kepada gerakan yang mempunyai budaya aras tinggi high value and high culture. Apa yang dimaksudkan dengan budaya organisasi aras tinggi bagi sebuah gerakan Islam ialah ahli-ahlinya mempunyai ilmu, semangat pengorbanan dan perjuangan yang tinggi sehingga mampu untuk mengorbankan segala-galanya hatta dirinya sendiri demi sebuah cita-cita perjuangan. Budaya jihad, infaq, zakat, sadaqah adalah merupakan elemen-elemen terpenting di dalam budaya aras tinggi. Inilah gambaran kejaya generasi awal para sahabat yang dijadikan contoh dan model inspirasi kepada generasi pelanjut perjuangan sejak zaman berzaman
Sejarah pengorbanan Habil dan Qabil memberi petunjuk kepada generasi perjuangan akan natijah kepada pengorbanan yang tulus dan terbaik kerana Allah SWT dengan ganjaran syurga dan natijah pengorbanan ala kadar dan tidak bersungguh Qabil dengan hukuman neraka Jahanam.
Justeru itu, gerakan Islam khusus buat IITQAN harus mencipta dan merekayasakan program-program ke arah memupuk budaya aras tinggi ini agar ahli- ahlinya sentiasa tinggi semangat perjuangan dan pengorbanannya. Inilah di antara resepi penting di dalam usaha-usaha membangunkan organisasi. IItqan amat perlu menggubal Pelan Perancangan Strategik (PPS) sebagai melengkapkan kerangka pemikiran strategik dalam kalangan ahlinya kerana apa yang difikirkan untuk dilakukan pada hari esok adalah amat penting seperti yang difirmankan Allah SWT:
…..Dan Hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang diperbuatkannya untuk hari esok dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan (Al -Hasyr: 18).
Inilah inisiatif yang tepat pada masanya khusus buat IITQAN, kerana cabaran utama bagi merangka PPS ini adalah untuk kita merencana usaha mengisi ruang dan peluang yang ada di negara ini terutama bagi kita mengukuhkan satu struktur Dasar dan Tata kelola organisasi jemaah Islam dan Negara dengan kualiti kepimpinan dan pelan Penggantian (Succession Plans) yang bersepadu dan menentukan agenda dakwah mengikut mad’u masing-masing. Ini selaras dengan teras utama IITQAN iaitu Quranic, Quality dan Quantum Leap.
Inisiatif IITQAN dengan bersungguh-sungguh, tulus dan telus dan dilaksanakan secara lebih tuntas amat kritikal dalam mendepani isu semasa dan masa depan Gerakan Islam kini. Justeru, di atas prinsip dan teras bagi Memacu, Mencerdas, Mengupaya dan Memimpin (4M’s) maka Pelan Strategi ini adalah bersifat jangka panjang satu dekad. Ia merupakan agenda dan pelan tindakan di bawah sebuah kerangka besar yang menggariskan kesepaduan ketetapan halatuju demi kelangsungan masa depan umat yang diterajui oleh generasi pewaris da’i murabbi
Misi utama strategik ini adalah kearah PENGUKUHAN MIZAN – al – `AMAL adalah bagi menzahirkan secara tegas dan tuntas berpaksikan garis besar agenda bertindak bagi mendukung idealisme gerak kerja terunggul IITQAN selaku sebuah Gerakan Islam Harakatul Tanwir. Bidang terasnya merupakan fokus utama khusus yang berupaya membuka dan membebaskan para ahli IITQAN dan umat dari terbelengu dari kekeliruan. Keupayaan IITQAN dalam menyediakan kerangka utama yang dapat menerangi kegelapan dan melakar masa depan kehidupan yang dipimpin oleh nur Ilahi. Kita perlu melalui uslub dan manhaj yang sahih lagi benar dan bersandarkan fiqh perubahan (Islah) satu kerangka terperinci yang diterajui bersama secara simbiotik dan bersinergi dalam kalangan ahli IITQAN dan jemaah yang mendukungi idealisme yang sama. Justeru, selaku ahli IITQAN di pelbagai peringkat, aspek ketampakan atau keterserlahan (visibility) dan penerimaan (acceptability) masyarakat massa mengenai kehadiran kita sebagai sebuah gerakan Islam baharu tetapi didukungi oleh para seniors amat perlu berada di lapangan lokal, kebangsaan dan antarabangsa. Teras Utama pelan tindakan kita antara sesuai dengan penyataan ungkapan seorang Penyair: “Dan engkau tentu melaksanakan apa yang engkau tetapkan, sebahagian orang mampu menetapkan namun tidak dapat melaksanakan”. (Tafsir ibnu Katsir Jilid 9 : Ms 470). Maka sesuai dengan misi dan visi IITQAN maka dianjurkan secara tuntas supaya setiap kita akan terus mendambakan inisiatif dan semangat berikut:
Menampil dan memenuhi ciri-ciri kualiti keilmuan;
Kekuatan daya fikir dan tindakan strategik;
Kepatuhan kepada semangat syura;
Meletakkan keutamaan kepada jemaah;
Didukungi oleh disiplin tindakan yang tuntas; dan
Memacu, Memantau, Menilai dan Menambahbaik tindak secara bersepadu, menyeluruh dan penuh bijaksana.
Sesungguhnya kehadiran IITQAN dilihat sebagai organisasi yang baharu. Meskipun demikian, sebenarnya ia didukungi oleh mereka yang berpengalaman yang secara istiqomah berkolabrasi secara simbiotik dengan banyak pihak. Pendirian ini merupakan sebuah tuntutan yang amat kritikal demi memacu, memandu, dan mengupaya masa hadapan masyarakat dan negara yang diwarisi. Ia mengandungi fokus bidang utama dalam mengupayakan sebuah rangkaian inisiatif strategik.bersepadu supaya perlaksanaan semua program dan aktiviti memberikan nilai keberhasilan serta impak yang tinggi lagi menyeluruh dalam tempoh jangka panjang. Langkah tuntas ini diyakini akan berupaya mendepani pelbagai cabaran dan dinamika perjuangan gerakan atau organisasi Islam semasa dan masa depan dipelbagai peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Selaras dengan tuntutan melakukan kebaikan semaksima mungkin di bawah panji-panji Islah mastata’tu (surah Hud: 88) dan mereka yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, seumpama bangunan yang tersusun kukuh (Surah As-Saff: 4) maka adalah menjadi tuntutan mengkota apa yang di kata dan diikrar (Say what you do, do what you have said) dengan matlamat dan objektif berikut:
i) menyediakan pelan tindakan pragmatik yang mengandungi program dan aktiviti dengan fokus utama kepada persoalan Dasar Negara dan Amalan Tadbir Urus Terbaik di pelbagai peringkat dengan terancang, manhaj yang benar, bagi menghasilkan outcome berkualiti, dan berimpak tinggi yang didukungi secara jitu oleh IITQAN di peringkat kepimpinan dan organisasi;
ii) memantau dan menyarankan supaya penggunaan semua sumber dana, sumber tenaga manusia, pengurusan dan pentadbiran, pembangunan pendidikan, pembangunan ekonomi, program sosial dan pemilikan aset dan hartanah negara digunakan secara optimum. Optimum bermaksud sebagai kesediaan menginfaqkan diri, masa, harta, berhemah, kreatif dan berekayasa; cepat, cekap, dan berkesan melalui pendekatan berfikir luar kotak; dan
iii) menyediakan sebuah Pelan Strategi ICT dan Strategi Komunikasi Komprehenisf dan berdaya saing yang berupaya berhadapan dengan cabaran transformasi teknologi digital serta Artificial intelligence yang semakin rencam Era Pasca Normal dengan kemajuan teknologi dan pengaruh media sosial yang kompleks dan canggih. Justeru satu rombakan serta semakan semua secara komprihensif serta agresif ke atas prosedur dan tatacara yang berkaitan amat diperlukan
Sebuah kerangka besar organsasi dan pengurusan kewangan bersepadu wajib menjadi teras dalam memacu IITQAN secara tuntas yang berteraskan disiplin yang tinggi (tanzim haraki) dengan misi bagi PENGUKUHAN MIZAN – al – `AMAL yakni Criterion of Action bagi tempoh lebih satu dekad akan datang. Ia menzahirkan idealism dan disiplin perjuangan dengan agenda bertindak yang tegas, jelas dan bersepadu bagi mendukung amanah gerak kerja selaku sebuah Gerakan Islam Harakatul Tanwir. Isi terasnya secara tuntas berupaya membebaskan umat dari kongkongan kegelapan kepada kehidupan yang dipimpin oleh nur Ilahi.
Kita telah dianjurkan dengan banyak penyataan demi penyataan muhasabah dan pendirian bersama oleh para pimpinan negara, jemaah dan penggerak masyarakat, namun penyataan ini belumlah nampak hasilnya secara eksplisit dan dilaksana secara tuntas dan bersepadu. Keperluan begitu mendesak demi survival dan masa depan Islam yang perlu digalas dan dilangsungkan dengan iltizam, disiplin tindakan yang tinggi, berbekalkan keilmuan, keimanan dan ketaqwaan yang mantap demi mendokongi prinsip wasatiyyat al-Islam dan perjuangan mendaulatkan Islam. Dengan kekuatan yang rekayasa yang padu dan penuh berhemah ini maka segala sarana bagi IITQAN muncul sebagai sebuah Gerakan Islam Millennial tersohor dengan munculnya ahlinya yang muda dan idea yang segar amat diperlukan bagi mendepani cabaran masa depan.
Tiada yang lebih utama dan perlu disegerakan melainkan perlunya kepada satu perubahan dan lonjakan paradigma dalam gerak kerja kepimpinan dan organisasi dalam segenap peringkat selaras dengan fiqh perubahan yang mampu menangani dinamika perubahan yang semakin rencam dalam masyarakat kini. Pengalaman kita yang panjang oleh para pimpinan dan pendokong IITQAN perlu digembelingkan dengan kemantapan para pimpinan dan pendokong muda terutama dari Gerakan ABIM dan PKPIM dan tidak ketinggalan dari lain-lain termasuk penjawat awam, ahli akademi universiti dan korporat. Justeru dalam meraikan perubahan realiti ini, maka fiqh tamkin yakni inisiatif mengutamakan kepentingan jamaah dan pemberdayaan umat adalah amat dituntut dalam mengisi hasrat ini.
Justeru adalah disarankan kepada semua ahli IITQAN untuk kita membuat satu ketetapan di Mesyuarat Agung IITQAN ke-3 ini, supaya setiap kali dianjurkan sesi muhasabah, maka keputusan bersama ini perlu dimeterai. Sekaligus perlu dilaksanakan secara berhikmah di bawah adab sebuah syura dan akhlak Islam. Ia amat perlu dihormati kandungannya, digarap secara teliti, penuh kritikal, bijaksana (bil hikmah), selaras dengan strategi yang digubal bersama. Adalah menjadi kewajipan yang mandatori supaya kemajuan perlaksanaannya dengan bantuan kecanggihan teknikal serta penuh taktikal; dipantau, dinilai dan disemak semula secara berkala sepanjang tempoh perlaksanaannya
Penilaian beretika, jujur, ikhlas, jitu dan berani adalah selaras dengan sifat al basirah yakni berdasarkan kefahaman dan pembuktian berteraskan fakta yang sahih. Satu penilaian mengenai tahap keberhasilan dan impak perlaksanaan amat perlu dilakukan secara berani, jujur, tanpa prejudis, saintifik mengikut metodologi penilaian semasa yang diterima pakai bersama oleh pimpinan IITQAN. Di atas kesedaran mengaca diri, tazkiyah, bermuhasabah maka amat disedari semua kita telah melalui arah aliran turun naik dan mendepani gelombang cabaran dalam dan di luar lingkungan masing-masing. Kegusaran mengenai berlakunya ketandusan dan semacam berkuburnya idealisme perjuangan yang diwarisi perlu ditangani dengan penuh bijaksana.
Pengalaman dan tribulasi pejuangan dahulu wajar dijadikan panduan, tetapi ia tidak menjamin kecemerlangan yang sama masa kini. Ruang lingkup partisipasinya yang tidak begitu merakyat menuntut pendekatan mesra ummatik. Imej dan persepsi elitis perlu dipadamkan. Ia dituntut menjadi medan yang menjana serta menjuarai pembinaan sebuah Masyarakat Madani samada dari dalam mengungkap world view, mahupun perlaksanaan program aktiviti di lapangan
Justeru, kesepaduan kekuatan pemikiran dan tindakan (wehdatul fikr wal ‘amal) wajib mendasari gerak kerja MADANI perlu segera digearkkan, diiktiraf, diterima sebagai alternatif terbaik dan menepati masa kepada kualiti kepimpinan Negara dan antarabangsa. Di atas prinsip amal jama’iy dengan sifatnya yang terangkum (inklusif) dan mesra umat maka pelan ini membantu gerak kerja IITQAN lebih tersusun merentas masa, merentas segmentasi generasi, merentasi pengalaman, mengatasi kekangan psikologi dan merangkumi sempadan demografi demi kelangsungan kesinambungan gerakan Islam. Kelangsungan perlu dijulang dan didokongi bersama di segenap kohort generasi dan diterusi generasi pewaris da’i murabbi yang berlapang dada dan berfikiran strategik.
Menyedari hakikat peri pentingnya IITQAN sebagai sebuah Gerakan Islam, perlu memainkan peranan utama dalam inisiatif dan proses regenerasi secara lancar lagi teratur. Sebuah kerangka dan strategi Pelan Penggantian (Succession Plan) perlu disegera dan dilakukan secara sempurna. Jurang generasi dan ciri feudalisme perlu dikecilkan sejujur mungkin. Program penyediaan dan pembinaan pimpinan pelapis amat perlu sedapat mungkin bersifat mandatori dan menjadi kewajipan untuk direncanakan secara tuntas. Langkah ini akan menjamin kesinambungan dan penambahbaikan yang berterusan, melonjak momentum penerusan visi dan misi merentas organisasi jemaah hingga organisasi negara.
Kemampuan IITQAN melahir dan menampilkan kualiti pimpinan “crème de la creme” yang istiqomah yang menampilkan kewujudan sebuah organisasi yang mantap dari sego struktur, sistematik dan simbiotik. Ini sesungguhnya memberikan kelebihan dalam perencanaan di pelbagai lapangan bagi mendepani saingan yang kian terbuka. Cabaran dan kebobrokan sosio-budaya, politik, teknologi digital dan ekonomi dalam masyarakat belum mampu ditangani secara bijaksana, berani dan tuntas. Ia tidak hanya tinggal dibicarakan secar terawang-awang, merengus dengan kegusranan berpanjangan, yang sering mencengkam minda, persaan dan tekanan jiwa. Jika ini senarionya, maka kita akan terus kekal berhadapan dengan sindrom hanyut dan tidak mampu berperanan apabila berada di lapangan dan juga ketika berada di luar pangkalan.
Adalah menjadi hasrat yang perlu dinyatakan secara jelas bahawa matlamat penubuhan IITQAN ialah melahirkan sebuah Organisasi bersepadu yang berupaya memperkasakan dasar dan urustadbir dengan mengangkat keupayaan individu dan generasi da’i murabbi. Ketetapan sasaran ini akan mendukungi budaya kerja yang berteraskan kualiti ilmu. ketaqwaan, berketrampilan, berproduktiviti tinggi, budaya kehidupan sihat dan cergas fizikalnya bagi memacu kebangkitan baharu Gerakan Islam. Semua ketangkasan ilmu dan budaya Kerja ini secara istiqomah berpaksi kepada perpekstif Islam yang syumul yang bersedia mendepani cabaran semasa serta di dekad mendatang.
Dewasa ini adalah diakui dan diakuri bahawa Tajdid merupakan wahana yang kekal serta mampu sebagai satu desakan keras dalam mengupaya dan mengembalikan umat kepada keadaan asal sehingga ia tampil seakan-akan barang yang baharu. Sewajarnya Tajdid secara berhikmah, dilakukan dengan cara memperkukuh sesuatu yang lemah, memperbaiki sesuatu yang usang dan menampal sesuatu yang retak sehingga kembali mendekati bentuknya yang pertama dan sempurna. Tajdid bukan meruntuhkan binaan yang pertama atau menggantikannya dengan yang baharu.
Justeru, usaha mentajdid ini sekaligus dalam kaedah perubahan manhaj dakwah bukan bermakna merubah agama tetapi mengembalikannya menjadi seperti di era Rasulullah SAW, para sahabat dan tabiin. Dalam hal ini tajdid bermaksud membangkitkan kesedaran dan semangat serta kefahaman baru menggantikan kesedaran yang telah lemah dan kefahaman yang membeku dan jumud – tidak berubah, walaupun telah berlaku perubahan tempat, senario dan zaman.
Serentak dengan itu juga, memahami Islah juga adalah usaha untuk memperbaiki keadaan kehidupan umat Islam yang telah menyimpang atau terkeluar dari ajaran-ajaran Islam yang benar sebagaimana yang diperintah Allah (swt) berdasarkan ajaran al-Quran dan apa yang dianjur oleh Nabi Muhammad (saw) melalui Sunnah Baginda. Justeru dalam konteks Pelan Strategik ini umumnya Tajdid dan Islah disarankan merujuk kepada hal yang sama. Sewajarnya IITQAN menerima prinsip Tajid dan Islah dan Itqan fil amal dalam setiap tindakan strategiknya dalam menangani maslahah masa depan umat.
“Sebagai Gerakan Islamiyah massa yang terunggul berorientasi ilmu dan tarbiyah dalam mencerdas, mengupaya dan memacu, umat di lapangan secara inklusif dengan menampilkan keunggulan tamadun madani dalam arus masyarakat pluralistik berpaksikan Islam sebagai “rahmatan Lil Alamain”
Maka sukacita disyorkan supaya Penyataan Misi IITQAN dirangkumkan seperti berikut:
PENGUKUHAN MIZAN – al – `AMAL
“Sesungguhnya orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang yang benar.” [Surah Al-Hujurat: 15]
IITQAN secara yakin menggaris, memahami dan menyedari sepenuhnya bahawa persoalan yang menyentuh identiti, maruah, martabat dan kelangsungan umat Islam masa depan perlu ditangani dengan teliti. Inisiatif bersepadu. Perlu disegerakan inisiatif bagi mewujudkan komuniti berilmu, berkerampilan, masyarakat yang mahir serta memiliki kualiti pembangunan jasmaniah dan insaniah (soft skills) dan pembudayaan nilai bersama (shared values) selari dengan kompleksiti kehidupan masa kini. Proses pendidikan, tarbiyyah dan latihan perlu merentas semua pihak dari desa hingga ke kota, petugas agensi dan institusi. Semua ini menuntut supaya ia digerakkan dengan kemas, terancang, cekap dan bijaksana. Di dalam ruang yang mengizinkan tindakan penguatkuasaan peraturan dan mengukuh tatacara perkhidmatan disegenap peringkat menjadi mandatori sebagai pra-syarat perubahan imbuhan, insentif dan kenaikan pangkat. Liputan tindakan yang perlu inklusif adalah merentas di semua agensi dan institusi pendidikan sebagai satu yang bersifat mandatori dan tiada kompromi.
Menyedari perlunya inisiatif ke arah Kebangkitan Baharu dan perubahan besar (tajdid dan islah), maka gagasan Al-Quran Al-Islah Mastat’tu (Huud:88), IITQAN bagi tempoh satu (1) dekad perlu digariskan melalui dukungan kita semua. Justeru adalah disyorkan supaya penyempurnaan penggubal Pelan Tindakan secara berfasa kita lakukan melalui satu Rehlah Keluarga IITQAN di luar Lembah Kelang yang akan diadakan. Sebuah pasukan petugas perlu ditubuhkan yang terdiri dari wakil pimpinan yang akan dinamakan demi memastikan keberkesanan penggubalan iaitu Quality dan Quantum Leap dengan memastikan berlakunya perlaksanaan dan penerusan pelan ini.
Sesungguhnya adalah amat diyakini bahawa segala inisiatif secara bersepadu dan beriltizam di atas akan dapat membantu menyelesai masalah. Ia sekaligus akan mengukuhkan urusan dasar, penyelarasan tadbir urus dan tata kelola dalam kalangan pendukung IITQAN yang menjadi panduan diperingkat yang lebih tinggi secara meluas. Inisiatif bagi memacu dan memartabatkan IITQAN menjadi tuntutan yang perlu disegerakan dengan kita menggariskan “the act of setting the strategic direction” Memahami dan menyedari sepenuhnya bahawa persoalan yang menyentuh identiti, maruah, martabat dan kelangsungan maruah Islam masa depan perlu ditangani dengan teliti, di atas prinsip pertanggungjawaban dengan penuh integriti, cekap, berkesan dan bekualiti. Isu ketidakadilan sosial, kemuflisan tanggungjawab politik, kedangkalan daya fikir, kebobrokan tatakelola atau tadbir urus dan kejengkelan integriti, ketandusan adab, etika serta moral perlu ditangani seutuhnya. Memahami dengan penuh keinsafan bahawa business is not as usual, maka kita harus mempunyai ketepatan (precision) dalam fokus tindakannya terutama setiap sumber mestilah menepati sasaran.
Sesungguhnya hanya melalui jati diri perjuangan yang didukungi dengan ketangkasan ilmu dan budaya Kerja cemerlang berpaksi kepada perpekstif Islam yang syumul, maka diyakini sepenuhnya IITQAN akan dapat mendepani cabaran semasa serta di dekad mendatang. Sejarah membuktikan bahawa kualiti sebenar pemimpin hanya boleh bertahan dengan keupayaan segala ciri-ciri kualiti Tadbir Urus dan Tata Kelola aras tinggi melalui amalan nilai murni dan etika kerja selaras dengan teras dan prinsip hukum Islam mendambakan Maqasid Syariah.
Justeru, IITQAN secara bersungguh-sungguh secara istiqomah perlu iltizam digerakkan bagi melahirkan dan menampilkan kualiti pimpinan as-safwah al- Mukhtarah – “crème de la creme” yang istiqomah secara berencana dan berterusan di pelbagai lapangan. Kekangan utama perlu di atasi segera dengan mengatasi kelemah-kelemahan dan kekurangan dalam menampilkan kualiti Dasar, Urus Tadbir dan Tata Kelola yang telus dan tuntas, merentas semua peringkat. Fenomena negatif yang sedang mewarnai organisasi jemaah Islam dewasa ini memerlukan lonjakan secara tuntas – Big, Bold, Brave and Beyond. Proses regenerasi yang bertunjangkan kekuatan kefahaman prinsip berorganisasi, ikatan ukhuwah oleh para da’i murabbi yang masih jauh perjalanannya amat perlu diberikan keutamaan secara menyeluruh.
Adalah amat dikuatiri fenomena paradigm paralysis dan lenyapnya idealism perjuangan di dalam IITQAN akan menggugat masa depan Gerakan Islam. Ruang lingkup partisipasinya yang tidak begitu merakyat dan pendekatan mesra ummah dan tidak bersifat elitis menuntut perubahan besar. IITQAN dituntut menjadi wadah yang berkeupayaan besar dalam menjana serta menjuarai pembinaan sebuah masyarakat dan Negara MADANI.
Kesepaduan kekuatan pemikiran dan tindakan (wehdatul fikr wal ‘amal) wajib mendasari gerak kerja IITQAN. Ia perlu diiktiraf, diterima sebagai sebagai alternatif pada bila-bila masa kepada kepimpinan negara dan antarabangsa. Di atas prinsip jama’iy dengan sifatnya yang inklusi dan mesra umat maka pelan ini membantu gerak kerja IITQAN akan lebih tersusun merentas masa, merentas segmentasi atau jurang generasi, pengalaman, psikologi dan demografi demi kelangsungan kesinambungan gerakan Islam. Kelangsungan perlu dijulang dan didokongi oleh generasi pewaris da’i murabbi yang berfikiran strategi. Justeru proses tarbiyah yakni membina watak, mengimbangi tahap kefahaman, semangat toleransi, menuntut setiap proses dan tahap peralihan dari dari generasi remaja, muda, belia hingga dewasa akan kemas dan teratur melalui kualiti urus tadbir yang digunakan pakai secara bertanggungjawab, ikhlas dan berdisiplin.
Pelan Strategi IITQAN ini meskipun menghadkan kepada ruang lingkup Dasar dan Urus Tadbir atau Tata Kelola merupakan pemangkin kepada disiplin yang lain dan harus mendorong semua pihak bangun bersama, Ia disarankan kekuatan iltizam politik, budaya kerja yang tinggi, berbekalkan keilmuan dan keimanan yang mantap demi mendukungi wasatiyyat al-Islam dan perjuangan mendaulatkan Islam. Melalui pendekatan berhikmah maka kekuatan maksimum dengan keupayaan melakukan lonjakan besar mampu didambakan melalui hubungan sinergi – simbiosis bestari IITQAN sedekad mendatang. Ia menuntut satu anjakan paradigma dalam gerak kerja kepimpinan dan organisasi dalam segenap peringkat selaras dengan fiqh perubahan yang mampu menangani dinamika perubahan yang semakin rencam dalam masyarakat kini. BiiznilLah
“Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” [Al-‘Ankabut:69]
“Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. “
[Surah Muhammmad:7]
Apakah Manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “Kami beriman,” dan mereka tidak diuji? [Al An-“Ankabut: 2]
Dan sesiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) daripada sekelian makhluk [Al An-“Ankabut: 6]
Barang siapa datang(membawa) kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikan itu…{Al-Qasas: 84}