Pertubuhan Ikatan Ilmuwan Islam Mengenai Dasar dan Urus Tadbir (IITQAN)

Kenyataan Media Iitqan Mengenai Isu Membaca Qunut Nazilah Melaknati Pemimpin Negara

15 Julai 2024

Naharudin Abdullah
Pengerusi IITQAN

Ikatan Ilmuwan Islam Mengenai Dasar dan Tadbir Urus (IITQAN) merujuk kenyataan YB Menteri Agama mengenai tindakan pihak yang melaknati pimpinan negara dengan membaca Qunut Nazilah tanpa sebarang asas yang diizinkan dalam Islam. Kami sesungguhnya menyokong langkah YB Menteri
melapurkan untuk tindakan MCMC dan pihak berwajib supaya tindakan undang-undang dapat dikuatkuasakan segera. Sesungguhnya pihak berkenaan dikutuk sekeras-kerasnya kerana faham amalan melampau ini. Amalan ini adalah satu kemungkaran dan amat bertentangan dengan budaya murni Islam. Ia juga melemahkan umat Islam.


Sesungguhnya umat Islam adalah umat pertengahan yang bukan sahaja waras bahkan sentiasa berlaku adil serta mengutamakan hubungan ukhuwah serta keharmonian yang menyeluruh. (AlBaqarah:143). Islam menolak faham melampau dalam kehidupan bermasyarakat. Pihak musuh menggunakan berbagai cara bagi menggambarkan Islam sebagai agama yang ekstrim, sedangkan umat Islam merupakan umat terbaik (Ali-Imran:110), dan ayat menegaskan bahwa Islam ialah agama pertengahan (Al-Baqarah:143).


IITQAN menggesa supaya kita rakyat Malaysia kekal mengamalkan Islam yang wasathiyah (pertengahan) dan dapat memberikan contoh kehidupan yang aman bagi Masyarakat Malaysia dan sejagat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    © 2025 IITQAN. Hak cipta terpelihara.