2014 - 2017: TH dilapor membayar agihan keuntungan (hibah) kepada pendeposit walaupun nilai asetnya didapati kurang daripada jumlah liability yang ditanggung.
31 Dis 2017: Kajian semula kewangan mendapati TH mempunyai aset berjumlah RM70.3 bilion berbanding liabiliti RM74.4 billion.
10 Dis 2018: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mendedahkan di Parlimen dapatan Jabatan Audit Negara dan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung krisis kewangan TH dengan defisit kewangan mencecah RM4.1 bilion bagi akaun 2017 dan jurang defisit keseluruhan RM10.9 bilion, selain amaran BNM berhubung krisis kecairan yang menyaksikan pengeluaran pendeposit mencecah RM6 bilion dalam tempoh singkat.
31 Dis 2018: Kerajaan menerusi syarikat tujuan khas Kementerian Kewangan Diperbadankan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mengambil alih aset-aset bermasalah TH dan menyuntik dana berbentuk sukuk bernilai RM19.6 bilion serta RM300 juta tunai sebagai langkah penyelamatan bagi memulihkan kedudukan kewangannya.
14 Julai 2021: Kerajaan bersetuju menubuhkan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai TH dari 2014 hingga 2020.
2022: Kerajaan MADANI menerima laporan RCI TH tetapi menangguhkan penerbitannya bagi membolehkan proses penstabilan kedudukan kewangan dan operasi TH dilaksanakan terlebih dahulu tanpa menimbulkan keresahan pendeposit.
Mac 2026: TH mengumumkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025, menandakan pemulihan kestabilan kewangan TH.
22 Julai 2026: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan memaklumkan Dewan Negara bahawa cadangan pendedahan laporan RCI TH akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan.
23 Julai 2026: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan laporan akhir RCI TH sedia didedahkan kepada umum selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri.
29 Julai 2026: Jemaah Menteri bersetuju mendedahkan Laporan RCI TH, membahaskannya pada sidang khas Dewan Rakyat, serta mengarahkan badan penguat kuasa memulakan siasatan penuh secara serta-merta.
Jumlah Kerugian TH Hampir RM13 Bilion
Rujukan:
- https://mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/tabung-haji-kembali-kukuh-kerugian-lalu-hampir-rm13-bilion-akibat-salah-urus-ditanggung-semua,
- https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1595385/rci-syor-audit-forensik-pelaburan-th-dalam-14-syarikat-ini-senarai,
- https://www.youtube.com/shorts/mXtfftptC5I
- https://www.youtube.com/shorts/MBV4RHqBVJI
Kerajaan telah memaklumkan bahawa tahap kerugian TH adalah hampir RM13 bilion merangkumi RM10.2 bilion yang ditangani melalui Urusharta Jamaah pada 2018 dan RM2.58 bilion rosot nilai berkaitan 14 pelaburan bermasalah.
Daripada 14 pelaburan tersebut, tujuh dilaporkan mengalami kerugian 100 peratus.
Berikut adalah Senarai 14 Pelaburan TH Yang Kerugian RM2.58 Bilion:
- Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co Ltd (Al-Rawda) - TH juga pernah membuat transaksi dengan Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co Ltd (Al-Rawda) mengenai pelaburan dan pajakan Hotel Al-Rawda di Mekah dan Madinah.Pelaburan Al-Rawda Real Estates ini mencatatkan kerugian terbesar iaitu berjumlah RM1.864 bilion. Rugi 100%
- Trurich Resources Sdn Bhd (Trurich)- Ia adalah syarikat usaha sama dengan Felda Global Ventures Kalimantan Sdn Bhd bertujuan membangun, menubuhkan dan menguruskan sehingga 200,000 hektar tanah untuk perladangan kelapa sawit di Kalimantan, Indonesia. Kerugian RM364 juta. Rugi 100%
- Putrajaya Perdana Berhad (PPB)- TH telah membeli 30 peratus pegangan ekuiti dalam syarikat itu berjumlah RM193.50 juta daripada Cendana Destini Sdn Bhd. (CDSB) pada Disember 2014.Kerugian RM145.3 juta. Rugi 100%
- Alfareeda Residential Fund (AlFareeda) - TH melabur melalui pengurus dana dalam sektor perumahan Arab Saudi di mana TH melanggan sehingga SR76 juta bersamaan dengan RM63 juta iaitu 13.8 peratus dari jumlah dana keseluruhan sebanyak SR550 juta yang dilaburkan dalam AlFareeda. Kerugian RM63 juta. Rugi 100%
- Abraj Sdn Bhd (Abraj) - Ia adalah pelaburan usaha sama antara TH bersama Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) sejak 11 November 2009 dalam pembelian hartanah. Kedudukan kewangan mula terkesan sejak 2015 kerana syarikat usaha sama tidak mampu menjana pendapatan yang cukup untuk membayar pinjaman bank. Kerugian RM40.25 juta. Rugi 100%
- Emrail Sdn Bhd - TH telah membeli 15.3 peratus kepentingan ekuiti dalam entiti berkenaan pada 7 Jun 2016 dengan jumlah bayaran sebanyak RM20.17 juta daripada Lingkaran Hartaniaga Sdn Bhd (LHSB). Kerugian RM19.3 juta. Rugi 100%
- Wellspring Worldwide Limited - LTH telah membeli 10.0 peratus kepentingan ekuiti dalam syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Wellspring Worldwide Sdn Bhd pada 21 September 2014 dengan jumlah bayaran sebanyak RM18.4 juta. Kerugian RM19.03 juta. Rugi 100%
- PT TH Indo Plantations (THIP)- Permasalahan THIP adalah mengenai tadbir urus dalam penjualan pegangan 95 peratus ekuiti TH dalam syarikat berkenaan melibatkan perolehan tanah di Riau, Sumatera, Indonesia, seluas 83,000 hektar kepada PT Borneo Pacific. Isu tadbir urus USD178.6 juta.
- Deru Semangat Sdn Bhd (DSSB)- Pada 21 Oktober 2014 dan 19 Januari 2015, Menteri Hal Ehwal Agama ketika itu meluluskan untuk TH melabur sebanyak RM526.16 juta untuk usahasama membangunkan ladang kelapa sawit di Mukim Tembeling, Pahang. Kerugian RM225 juta.
- TH Plantations Berhad (THP)- Syarikat tersenarai milik TH menyaksikan pengurusan kanan THP dan Lembaga telah gagal memenuhi tanggungjawab fidusiari untuk melaksanakan penjagaan, kemahiran dan ketekunan yang munasabah untuk THP, selain berlaku ketidakwajaran dalam konteks tatakelola.Kerugian RM170 juta.
- TH Properties Sdn Bhd (TH Properties)- Syarikat tersenarai milik TH. Satu isu yang timbul dalam TH Properties adalah pembayaran bonus istimewa kepada Ahli Lembaga syarikat bagi tahun 2017 dan 2018 apabila ia tidak mematuhi resolusi Lembaga TH Properties. Isu tabdir urus RM2.2 juta
- Alam Maritim Resources Berhad / TH Marine- Pelaburan TH sebanyak 51 peratus ekuiti dalam syarikat usahasama dengan syarikat berkenaan diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Agama pada 18 Jun 2015.Kerugian RM278 juta.
- TH Hotel & Residences Sdn Bhd (THHR)- TH memperoleh keseluruhan pegangan ekuiti dalam syarikat itu yang dahulunya dikenali Labuan Beaufort Interconnection (LBI) pada Mei 2007. Isu tabdir urus RM804.1 juta
- FGV Berhad (FGV) - TH telah melanggan unit saham FGV sebanyak 273,579,700 unit pada harga RM4.55/unit pada 26 Jun 2012. Jumlah pelaburan TH termasuk kos transaksi dalam tawaran awam permulaan (IPO) ini berjumlah RM1,253,742,809 atas harga kos RM4.58/unit. Rugi tidak nyata RM1.06 bilion.